Madrasah Online

Tak pernah terlambat untuk belajar mengaji.

Kelas Al-Quran dalam talian untuk orang dewasa. Belajar dari rumah bersama ustaz, ikut masa anda, tanpa rasa malu.

Daftar tanpa bayaran. Waktu solat, doa harian, zikir dan tasbih percuma untuk semua.

Skrin utama apps: waktu solat seterusnya dan menu video kelas, kelas Zoom, tanya ustaz, doa harian, tasbih dan zikir.

Dibina untuk yang mahu bermula semula

Segan nak ke kelas?

Belajar sendiri di rumah. Tiada siapa yang mendengar anda tersilap.

Masa tak menentu?

Video kelas boleh ditonton bila-bila masa, sebanyak mana yang perlu.

Cepat lupa?

Ulang bahagian yang susah, dan tanya ustaz terus dari apps.

Lawatan 3D

Jelajah Madrasah Online

Satu madrasah lengkap dalam telefon anda. Pusingkan madrasah dan tekan setiap bangunan untuk lihat apa yang ada.

Madrasah Online

Kelas Al-Quran untuk orang dewasa

Belajar mengaji dari rumah bersama ustaz, ikut masa anda dan tanpa rasa malu. Dari kenal huruf hingga bacaan lancar.

Daftar percuma

Apa yang ada dalam apps

  • Video kelas ustaz

    Rakaman kelas makhraj, tajwid dan bacaan. Tonton berulang kali.

  • Kelas Zoom bulanan

    Belajar bersama ustaz secara langsung. Notifikasi dihantar sebelum kelas bermula.

  • Tanya ustaz

    Tulis soalan bila-bila masa. Anda dimaklumkan bila ustaz menjawab.

  • Waktu solat & kiblat

    Waktu rasmi JAKIM untuk kawasan anda, notifikasi masuk waktu dan kompas kiblat.

  • Doa, zikir & tasbih

    Doa harian dengan teks Arab, rumi dan maksud. Dengar zikir dan selawat dari suara ustaz.

  • Mesra mata

    Tulisan besar dan butang besar. Boleh dibesarkan lagi dengan satu tekan.

Cara bermula

  1. DaftarIsi nama, no. telefon dan emel, kemudian pilih PIN 6 angka.
  2. Pilih pakejBayar dengan kad atau FPX. Langganan aktif sebaik bayaran disahkan.
  3. Mula belajarTonton video pertama, sertai kelas Zoom, dan tanya ustaz bila perlu.

Harga langganan

Langganan membuka semua video kelas, kelas Zoom dan tanya ustaz. Hentikan auto-renew bila-bila masa dari menu Akaun.

Memuatkan pakej...

Dapatkan apps

Tak mahu tunggu? Guna terus dalam pelayar telefon. Semua fungsi sama, dan boleh dipasang di skrin utama.

Taja seorang pelajar

Ramai yang mahu belajar tetapi tidak mampu melanggan. Sumbangan anda membiayai langganan mereka, atau kos kelas dan ustaz.

Sumbang sekarang

Soalan lazim

Saya langsung tak kenal huruf Arab. Boleh ikut?

Boleh. Kelas bermula dari makhraj huruf, iaitu cara sebut setiap huruf, sebelum ke baris dan tajwid.

Perlu pasang apps ke?

Tidak wajib. Apps boleh dibuka terus di pelayar telefon, dan boleh ditambah ke skrin utama macam apps biasa. Versi Google Play dan App Store akan menyusul.

Bagaimana cara bayar?

Dengan kad debit/kredit atau FPX melalui CHIP, gerbang pembayaran Malaysia. Kad boleh diperbaharui secara automatik setiap bulan, dan auto-renew boleh dihentikan bila-bila masa.

Bila kelas Zoom diadakan?

Tarikh dan masa diumumkan dalam apps. Jika notifikasi dihidupkan, anda akan dimaklumkan sehari sebelum dan 30 minit sebelum kelas bermula.

Telefon saya lama. Boleh guna?

Boleh, asalkan telefon boleh membuka Google Chrome atau Safari versi terkini. Untuk video, sambungan internet yang stabil diperlukan.

Saya terlupa PIN.

Tekan "Lupa PIN" di skrin log masuk, atau hubungi admin melalui WhatsApp.